Pejabat Daerah Limbang Serah Bantuan Air Minuman Botol Kepada Rumah Thadeus Aling

ISNIN, 3 MEI 2021

LIMBANG: Akibat musim kemarau lebih daripada dua minggu, penduduk Rumah Thadeus, Limbang telah terkesan yang mengakibatkan keperluan air minuman terjejas. 

Sehubungan itu, Tuai Rumah Thadeus Aling dari Kampung Pulau Brunei telah memohon kepada Pejabat Daerah Limbang untuk mendapatkan bekalan air minuman bagi kemudahan seharian mereka. 

Sejumlah, 578 kotak air minuman telah diserahkan Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang Superi Awang Said kepada Tuai Rumah Thadeus Aling baru-baru ini bagi meringankan beban penduduk kampung yang terjejas. 

Setiap penduduk menerima dua kotak air minuman dan sesi penyerahan telah disaksikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Limbang Wan Hasif bin Wan Jamari. -EDISI UKAS

Share

add comment