Projek Lebar Sungai Iran Dijangka Siap Julai 2021

ISNIN, 3 MEI 2021

DARO: Projek melebarkan Sungai Iran di Kampung Badong, Daro dijangka siap Julai 2021.

Projek Kerajaan Negeri yang diluluskan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg itu menelan kos sebanyak RM255,150 dan telah bermula pada 14 April 2021.

Sungai Iran merupakan laluan utama nelayan yang sebelum ini semakin sempit dan menyukarkan aktiviti mereka terutamanya apabila air surut.

Ketua Menteri semasa Majlis Perasmian Tukun Tiruan di Perairan Daro sebelum ini meluluskan projek tersebut demi kepentingan para nelayan di kampung itu.-EDISI UKAS