Projek Naik Taraf Pagar Gereja Methodist Di Jalan Paya Siap Sepenuhnya

ISNIN, 3 MEI 2021

SRI AMAN: Projek menaik taraf pagar Gereja Methodist berjumlah RM230,000 di Jalan Paya, Sri Aman telah siap sepenuhnya.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis telah turun padang bagi meninjau Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tersebut pada Sabtu.

Di samping itu, beliau juga membuat lawatan bagi membaik pulih Rumah Bandi di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membina jalan akses ke tepian mandi Sungai Sebangkoi.

Seterusnya, beliau meninjau tapak projek membina penyambungan di bahagian depan Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang.

Selain itu, beliau meninjau projek bina baharu Jalan Komuniti, Kampung Sebangkoi, Undop, Sri Aman sepanjang 1.9 kilometer dengan peruntukan RM250,000 yang telah siap dilaksanakan. –EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia