Pustaka Negeri Sarawak Anjur Reading Seeds Kupas Topik ‘Anak Lambat Bercakap’

ISNIN, 3 MEI 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Reading Seeds bagi mengupas topik ‘Anak Lambat Bercakap’.

Dalam kenyataan media pada Isnin, program itu akan diadakan pada Selasa, 4 Mei 2021, jam 10.30 hingga 11.30 pagi di Zoom Webinar, Youtube dan Facebook Pustaka Negeri Sarawak.

Penceramah Siti Sarah akan menjawab beberapa persoalan yang sering diutarakan ibu bapa sekiranya mempunyai anak-anak yang lambat bercakap. 

Jika anda bimbang dengan simptom anak diusia dua tahun tapi masih belum bercakap dan anak di usia tiga tahun masih bercakap sepatah-sepatah? Adakah ini normal? Bila perlu risau bila anak lambat bercakap? Apa punca anak lambat bercakap? Macammana ibu bapa boleh bantu anak bercakap di rumah? 

Penyertaan adalah percuma dan boleh klik pautan ini untuk mendaftar https://www2.pustaka-sarawak.com/…/index-event.php…

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai serata Nurfatini Apandi di talian 082-442000. -EDISI UKAS

Share

add comment