Tidak Menyediakan Buku Rekod Pelanggan, Pengusaha Salon Dikompaun

ISNIN, 3 MEI 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak akan berkrompomi sebaliknya terus mempergiatkan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang kini masih meningkat.

Sebanyak tiga buah pasukan telah ditugaskan bagi memantau SOP PKPB di Bandaraya Miri berdasarkan tiga zon yang telah ditetapkan.

Sehingga Selasa, sebanyak 618 buah premis perniagaan telah diperiksa meliputi 28 buah pasaraya, 527 restoran/premis makanan, 25 penjaja, 13 pusat penjaja dan 25 lain-lain premis perniagaan. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 20 nasihat telah dikeluarkan MBM berhubung pematuhan SOP PKPB selain amaran lisan diberikan kepada premis yang mengambil ringan terhadap pematuhan SOP PKPB. 

Dalam pemantauan SOP PKPB pada Jumaat, satu kompaun telah dikeluarkan di bawah undang-undang Perlindungan Pesanan Kesihatan Awam, 1999 (PPHO) kepada sebuah pemilik premis salon kecantikan di atas kesalahan pelanggaran SOP PKPB iaitu tidak menyediakan buku rekod masuk pelanggan. -EDISI UKAS

Share

add comment