108 Keluarga Di Kampung Sileng Dayak Lundu Ynag Jalani PKPD Terima Bantuan Makanan

SELASA, 4 MEI 2021

LUNDU: Sebanyak 108 keluarga di Kampung Sileng Dayak, Lundu menerima bantuan makanan daripada Pihak Pusat Khidmat P193 Santubong pada Isnin.

Bantuan berupa sayuran tersebut dihantar kepada penduduk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung itu.

Pengedaran bantuan makanan telah direalisasikan oleh petugas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu serta Angkatan Pertahanan Malaysia Cawangan Lundu.

Dalam pada masa yang sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lundu turut mengedarkan 14 pek bantuan makanan kepada lima keluarga yang telah keluar dari pusat kuarantin.-EDISI UKAS

Share

add comment