2 Orang Penerima Dari DUN Lambir Terima Bantuan Program Outreach Sejambak Kasih 2021

SELASA, 4 MEI 2021

MIRI: Dua orang penerima masing-masing dari Kampung Lusut, Taman Tunku dan Jalan Rejang 3, Taman Tunku menerima bantuan makanan dan wang tunai dalam Program Outreach Sejambak Kasih 2021 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir pada Isnin. 

Bantuan tersebut yang merupakan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri dan diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat. 

Mereka berterima kasih dan rasa syukur kepada ADUN Lambir Ripin dan JKM Bahagian Miri di atas bantuan yang diberikan ini sekaligus meringankan beban mereka ketika meraikan Hari Raya  Aidilfitri dan Gawai Dayak pada tahun ini. -EDISI UKAS

Share

add comment