2488 Jalani Pengesanan Kes Secara Aktif Di Sibu Dalam Tempoh 5 hari

SELASA, 4 MEI 2021

SIBU: Seramai 2488 individu telah tampil untuk menjalani ujian Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) yang diadakan selama lima hari di beberapa lokasi di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (SMC).

Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) itu bagi mengesan penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan di daerah berkenaan.

Hari terakhir ACD pada Isnin yang dilaksanakan di Zon Ulu Sungai Merah/Taman Indah, Daerah Sibu menyaksikan seramai 600 individu hadir untuk menjalani ujian calitan.

Program bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Swan Square/Wonderful.

Difahamkan, ACD akan diteruskan di kawasan luar bandar dengan memfokuskan rumah-rumah panjang. – EDISI UKAS

Share

add comment