264 Bubur Lambuk Beserta Kurma Diagihkan Kepada Penduduk Sungai Ladong

SELASA, 4 MEI 2021

SEBUYAU: Kira-kira 264 bubur lambuk serta kurma telah diagihkan kepada setiap ketua isi rumah serta warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong pada Isnin.

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi telah disampaikan oleh wakil beliau, Saini Busamah.

Sementara itu, para penduduk kampung menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Julaihi atas sumbangan tersebut dan semua yang terlibat dalam bersama menjayakan program tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Cawangan PBB Sebuyau, Jemat Chi, Pengerusi Ranting PBB Kampung Sungai Ladong Hulu, Ulip Aton dan semua Wanita PBB Ranting Sungai Ladong Hulu.-EDISI UKAS

Share

add comment