72 Keluarga Di Maludam Terima Sumbangan Program Sentuhan Rohani

SELASA, 4 MEI 2021

MALUDAM: Pusat Khidmat Batang Lupar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga mengagihkan sumbangan bantuan makanan kepada 72 keluarga golongan asnaf di Kampung Meludam, pada Isnin.

Agihan bantuan makanan daripada Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah diserahkan oleh Penyelaras Kawasan DUN Lingga, Zeliha Jamal.

Justeru, beliau berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan asnaf sepanjang menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. –EDISI UKAS

Share

add comment