DEKOMS Anjur Program Agihan Bubur Lambuk

SELASA, 4 MEI 2021

SIBU: Dewan Ekonomi Melayu Sarawak Cawangan Sibu (DEKOMS) mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk setempat di sini pada Isnin.

Program itu dilaksanakan di dua lokasi berbeza iaitu di Kampung Bahagia Jaya, Teku dan sekitar Simpang Tiga, Sibu pada sekitar jam 4 petang.

Menurut Pengerusi Perhubungan DEKOMS, Waili Suhaili, program kebajikan berkenaan diadakan secara serentak di seluruh Sarawak.

“Kita beri agihan ini serentak bersama cawangan kita di Sarawak iaitu Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Sri Aman, Betong dan banyak lagi,” katanya.

Sebanyak 250 bungkus bubur lambuk telah diagihkan iaitu 150 di simpang tiga untuk orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Manakala 100 bungkus pula diagihkan di Kampung Bahagia Jaya kepada penerima yang terdiri daripada golongan kurang upaya, warga emas dan asnaf. – EDISI UKAS

Share

add comment