Kampung Itol Lengkapkan Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Daro

SELASA, 4 MEI 2021

DARO: Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Daro melabuhkan tirai selepas agihan terakhir bertempat di hadapan Surau Kampung Itol, Daro pada Isnin.

Setiausaha Agong Saberkas Negeri Sarawak, Safiee Ahmad yang turut sama menjayakan program tersebut menjelaskan, jerayawara berkenaan telah meliputi 10 Unit Saberkas Cawangan Daro sejak ia dimulakan.

Pada kali ini, Saberkas Unit Kampung Itol, Daro berkolaborasi dengan pihak Jawatankuasa Surau untuk menyediakan 600 pek bubur lambuk dan diagihkan kepada sesiapa yang melalui jalan utama.

Jelas Safiee, usaha Saberkas menjayakan jerayawara tersebut dilihat amat memberi manfaat kepada para belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Tambah beliau, Saberkas dilihat amat sinonim bagi komuniti setempat dengan mengalakkan belia aktif dengan aktiviti yang berfaedah.

Katanya, ia juga sekali gus dapat memupuk nilai prihatin para belia terhadap masyarakat di sekeliling dan memupuk kerjasama golongan itu dengan masyarakat kampung. – EDISI UKAS

Share

add comment