Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif Kedua Di Kampung Sileng Dayak, Lundu

SELASA, 4 MEI 2021

LUNDU: Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) bagi ujian calitan kedua telah dilakukan terhadap penduduk Kampung Sileng Dayak, Lundu pada Isnin.

Ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan satu kluster yang melibatkan kampung tersebut iaitu Kluster Sileng Dayak.

Sehubungan itu, pelaksanaan operasi ACD di Balai Raya Kampung Sileng Dayak berjalan dengan lancar dan teratur.

PKPD dikuatkuasakan di Kampung Sileng Dayak bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021. –EDISI UKAS

Share

add comment