Program Bubur Lambuk DUN Batu Kitang Erat Hubungan Silaturahim Antara Kaum

SELASA, 4 MEI 2021

BATU KITANG: Pusat Khidmat DUN Batu Kitang dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKK) Kampung Haji Baki Blok B mula mengagihkan bubur lambuk dan buah kurma kepada penduduk setempat sempena bulan Ramadan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang hadir menyempurnakan pengagihan bubur lambuk tersebut pada Selasa.

Menurutnya, sebanyak kira-kira 600 bungkusan bubur lambuk dan buah kurma yang telah diagihkan kepada ketua isi rumah di situ.

“Program seperti ini adalah untuk menyemarakkan aktiviti bersama  penduduk setempat disamping ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya.

Dalam pada itu juga, penduduk kampung turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lo Khere Chiang atas sumbangan tersebut dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bersama menjayakan program tersebut.  -EDISI UKAS

Share

add comment