Proses Sanitasi Rumah Penduduk Kampung Serpan Laut

SELASA, 4 MEI 2021

ASAJAYA: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Asajaya melakukan proses sanitasi di beberapa buah rumah penduduk di Kampung Serpan Laut pada Isnin.

Menurut Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat, Rosnin@Othman Meni, proses sanitasi tersebut dilakukan pada keseluruhan kawasan dalam dan luar rumah.

Jelas beliau, kerja-kerja nyah kuman tersebut dilakukan bagi memastikan kawasan rumah penduduk bebas daripada jangkitan wabak COVID-19.

Bahan semburan sanitasi yang digunakan adalah cecair ‘sodium hypochlorite’. –EDISI UKAS

Share

add comment