ADUN Daro Serah Cek MRP Kepada 22 Persatuan Di Daro

RABU, 5 MEI 2021

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad telah menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM121,000 kepada 22 persatuan di Daro, pada Isnin.

Penerima terdiri daripada 16 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan enam buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu Safiee berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan PIBG bagi membantu guru menganjurkan aktiviti di sekolah yang dapat meningkatkan tahap pembelajaran pelajar.

Tambahnya, PIBG turut memainkan peranan bersama tenaga pengajar melancarkan proses pembelajaran di sekolah.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat persediaan bagi Majlis Perasmian Medan Selera Daro dan Pecah Tanah Newtown Ship Fasa 2 Daro di Pejabat Daerah Daro.

Majlis tersebut dijangka dirasmikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 29 Mei 2021.-EDISI UKAS

Share

add comment