JPBB Betong Perkasa Usaha, Nilai Keberkesanan Strategi Perangi COVID-19

RABU, 5 MEI 2021

BETONG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong terus memperkasakan strategi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 di kawasan itu.

Pada Selasa, JPBB Betong mengadakan mesyuarat mingguan yang menekankan penilaian terhadap keberkesanan strategi terdahulu dan langkah seterusnya di dalam memerangi wabak COVID-19, khususnya di rumah panjang.

Mesyuarat dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu selaku penasihat jawatankuasa tersebut dan ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam yang menerusi aplikasi zoom sereta dipengerusikan Timbalan Residen Bahagian Betong, Abang Mohamed Abang Turkey.

Perbincangan turut menumpukan penguatkuasaan SOP Circuit Breaker Bahagian Betong yang bermula pada 21 April 2021 dan akan berkuatkuasa sehingga 17 Mei 2021.

SOP tambahan ini dirangka khas untuk Bahagian Betong di dalam usaha berterusan memutuskan rantaian Covid-19.-EDISI UKAS

Share

add comment