KM Sarawak Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Sarawak

RABU, 5 MEI 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada malam Rabu.

Sejurus selepas berbuka puasa, Datuk Patinggi Abang Zohari menunaikan Solat Berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Abdul Rahman.

Hadir sama, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Pemangku Peguam Besar Negeri, Saferi Ali, Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan), Datuk John Sikie Tayai dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.-EDISI UKAS

Share

add comment