Program Wacana Ramadan Perjelas Keistimewaan 10 Malam Terakhir

RABU, 5 MEI 2021

KUCHING : Program Wacana Ramadan anjuran Majlis Islam Sarawak telah diadakan mengikut norma baharu menerusi siaran langsung laman Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Selasa.

Program yang berkisar tentang 10 malam terakhir Ramadan itu menyaksikan tiga panel jemputan khas iaitu, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin, Setiausaha Agung Sarawak Volunteers, Khairul Anwar Shazali dan Pengerusi Urus Setia Saudara Kita (USK) Bandar Baru Samariang, Damia Alia Maisara berkongsi mengenai pendapat dan pengetahuan masing-masing mengenai keistimewaan bulan Ramadan.

Secara ringkasnya, keseluruhan topik tertumpu kepada pembentukan insan yang bertaqwa menerusi ibadah berpuasa, kerana ia merupakan saat dan peluang keemasan yang perlu direbut agar dapat memaksimumkan manfaat yang disediakan oleh Allah SWT.

Program tersebut turut diserikan lagi dengan Yang Dipertua  Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Muhammad Zhariff Azahari sebagai Moderator. -EDISI UKAS-EDISI UKAS

Share

add comment