Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan 2021 Di Serian

RABU, 5 MEI 2021

SERIAN: Program Ziarah Kasih Ramadan diadakan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Penyampaian sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM22,500 diagihkan kepada 10 buah kampung bahagian Serian di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Serian pada Selasa.

Sehubungan itu, seramai 15 orang dari setiap kampung menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU).

Dalam pada itu, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni merakamkan penghargaan kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) dan Baitulmal Cawangan Serian yang turut memberikan sumbangan dalam program itu. –EDISI UKAS

Share

add comment