Sumbangan Kasih Raya Gawai 2021 Kepada Petugas Barisan Hadapan

RABU, 5 MEI 2021

SEBUYAU: Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Simunjan menyerahkan sumbangan Kasih Raya Gawai 2021 dan kurma kepada petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) Pangkalan Feri Sebuyau di Kampung Beliong pada Selasa.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Penguasa RELA, Mohamad Zairoolzaman Zaini kepada 36 orang anggota RELA termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Simunjan.

Sumbangan ini adalah merupakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada petugas-petugas yang bertungkus lumus dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment