ADUN Dalat Agih Geran MRP, Sumbang Zakat Peribadi Kepada Asnaf

KHAMIS, 6 MEI 2021

DALAT: Sebanyak RM284,500 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Dalat telah diagihkan kepada 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan dua badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Dalat.

Serahan cek MRP telah disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah di tujuh lokasi berbeza pada Rabu.

Di setiap lokasi, Dato Sri Fatimah turut menyampaikan sumbangan zakat peribadi beliau kepada golongan asnaf.

Agihan pertama di Kampung Medong Hulu, Dalat dengan penerima ialah JKKK Kampung Medong Hulu berjumlah RM15,000 bagi pembelian perahu wakaf dan enjin bagi kegunaan penduduk kampung, JKKK Kampung Narub berjumlah RM17,000 untuk pembinaan dapur dan pembelian pinggan mangkuk JKKK kampung tersebut dan RM8,000 untuk membina titian belian menuju ke pontoon hadapan balairaya.

Beliau kemudian menyampaikan sumbangan wang zakat peribadi kepada 37 asnaf daripada Kampung Medong Hulu.

Lokasi kedua agihan bertempat di Kampung Medong Hilir, Dalat di mana tiga cek disampaikan kepada penerima iaitu JKKK Kampung Medong Hilir (RM15,000 – Projek Membina Pontoon di kediaman orang kelainan upaya, Ho Hiang How), Pembelian enjin outboard bagi kegunaan Masjid Al Hidayah (RM10,000) dan untuk aktiviti PERKIM Cawangan Dalat/Oya (RM10,000).

Selain itu, seramai 10 orang asnaf dari Kampung Medong Hilir dan 32 dari Kampung Medong Seberang turut menerima sumbangan wang zakat.

Seterusnya, Dato Sri Fatimah menyerahkan cek MRP beliau di berjumlah RM1,000 masing-masing kepada Surau Al Amin dan Surau Kampung Klid di Kampung Kekan Dalat.

Beliau juga menyampaikan wang zakat kepada 12 asnaf dari Kampung Kekan dan 15 lagi dari Kampung Klid.

Sementara itu, Dato Sri Fatimah meneruskan penyampaian cek MRP kepada JKP Pengurusan Masjid Nurul Saadah untuk aktiviti masjid berjumlah RM2,000.

Turut disampaikan wang zakat peribadi beliau kepada 15 asnaf dari Kampung Brunei, 13 dari Kampung Baru dan 7 dari Kampung Seberang Dalat.

Beliau meneruskan agihan cek MRP pada sebelah petang di Kampung Sungai Ud Dalat dengan senarai penerima ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Dalat (RM12,000 – pemasangan lampu solar jalan di tapak perkuburan Islam Dalat), JK Pengurusan Surau Kampung Tanam, Dalat (RM3,500 – menukar puntu Sursu Darul Qarar Tanam Seberang), JKP Masjid Al Muslihin (RM2,000 – aktiviti Ramadan Masjid), Surau Darul Makmur, Kpg Hilir Dalat (RM1,000 – aktiviti Ramadan) dan Surau Darul Qarar, Tanam Seberang (RM1,000 – aktiviti Ramahan).

Manakala 15 asnaf dari Kampung Tanam Seberang dan 20 dari Kampung Tanam Proper menerima sumbangan zakat.

Penerima lain cek MRP ialah JKKK Kampung Sungai Ud: RM28,000 bagi membina jalan simen serta titian belian ke 5 buah rumah (Pn Unyat), RM15,000 bagi menaiktaraf pentas di Balairaya Kampung Sungai Ud, RM4,000 bagi pembelian perahu JKKK Kampung Sungai Ud dan RM2,000 bagi pembelian LCD Projector dan Skrin.

JKKK Kampung Sungai Ud Hilir pula menerima RM30,000 bagi menyimen jalan dari jalan utama ke 5 buah rumah (permohonan Darus Angi) dan RM26,000 bagi menaiktaraf jalan titi (lokasi berdekatan rumah mendiang Penghulu Sera Ewal).

Penerima lain ialah JKKK Kampung Tengah/Hilir Dalat berjumlah RM10,000 bagi membina jalan konkrit menghubungi 6 buah rumah di Kampung Hilir Dalat, JKKK Kampung Seberang Dalat sebanyak RM35,000 bagi membina baharu jalan simen antara rumah Encik Fitherie dan Puan Lucy, JKKK Kampung Tanam Dalat sebanyak RM17,000 bagi menyimen jalan Encik Roslan Serang dan beberapa buah rumah di Kampung Tanam Dalat dan RM4,000 bagi pembelian perahu JKKK Kampung Tanam.

Manakala JKKK Kampung Seberang Dalat menerima RM15,000 bagi pembelian perahu JKKK Kampung Tanam Seberang dan Majlis Guru Besar Daerah Dalat menerina RM8,000 bagi aktiviti tahunan Majlis Guru Besar Daerah Dalat. – EDISI UKAS

Share

add comment