ADUN Meluan Komited Bantu Penduduk Rumah Panjang Bina Kediaman Baharu

KHAMIS, 6 MEI 2021

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin meneruskan komitmen beliau membantu penduduk rumah panjang membina kediaman baharu lebih selesa dan selamat.

Terbaharu, beliau meninjau projek menyimen lantai Rumah Udam di Emperan Pedalai, Wong Baru, Jalan Nanga Enbatai-Nanga Bulo, Julau pada Rabu.

Projek rumah panjang 14 pintu itu menelan belanja sebanyak RM70,000 dan dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.

Beliau juga menyalurkan peruntukan di bawah projek kecil luar bandar (MRP) DUN Meluan 2021 untuk meratakan tapak rumah panjang tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Udam merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas usaha Rolland Duat membantu penduduk rumah panjangnya membina kediaman baharu.

Semasa lawatan itu, Rolland Duat turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Udam untuk melaksanakan segala aktiviti dan program yang telah dirancang pada tahun ini.-EDISI UKAS

Share

add comment