Hubungan Baik Kerajaan Pusat, Negeri Pacu Pembangunan Luar Bandar

KHAMIS, 6 MEI 2021

BINTANGOR: Hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan Negeri penting dalam memastikan kesinambungan pembangunan khususnya di luar bandar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, rakyat perlu melihat dan menyokong penuh hubungan kedua-dua pihak itu.

Bercakap semasa meninjau projek menaiktaraf jalan utama Rumah Jawi di Sungai Gemuan, Bintangor pada Rabu, ujarnya, jalinan kerjasama Kerajaan Pusat dan Negeri harus diteruskan agar rakyat sentiasa merasai kesungguhan dan keprihatinan kerajaan yang sentiasa mengambil berat pembangunan infrastruktur di luar bandar.

Mengenai projek tersebut, Datuk Ding berkata, projek berjumlah RM175,000 untuk menaiktaraf jalan utama sepanjang 500 meter rumah panjang tersebut merupakan peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Sebelum ini penduduk Rumah Jawi terpaksa menggunakan jambatan kecil yang menghubungkan rumah panjang mereka dan tidak dapat dilalui kenderaan.-EDISI UKAS

Share

add comment