Hujan Lebat Tidak Halang Program ‘Terima Kasih Frontliners’ UKAS Di Lambir, Miri

MIRI: Hujan lebat tidak menghalang rombongan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama Pejabat Residen Miri mengagihkan sumbangan penghargaan kepada petugas barisan hadapan menerusi Program ‘Terima Kasih Frontliners’ di Lambir pada malam Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat bersama Pengarah UKAS, Samat Junai, Pemangku Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf serta rombongan telah mengetuai rombongan bagi mengagihkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Siwa dan SJR Lambir di sini.

Bercakap ketika ditemui UKAS selepas program itu, Ripin memberitahu, inisiatif program ‘Terima Kasih Frontliners’ sangat signifikan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengenal lelah.

“Kita melihat program ini begitu baik sekali, kerajaan negeri menerusi UKAS telah mengambil inisiatif memberi sumbangan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam tanpa kenal penat lelah dalam memutuskan penularan pandemik COVID-19,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan mengingatkan komuniti Miri khususnya di Lambir supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, seorang anggota polis, Koperal Herman Setuju memberitahu, orang awam memberi kerjasama yang baik kepada petugas barisan hadapan di SJR Siwa.

Tambahnya, terdapat tiga syif bertugas di SJR berkenaan melibatkan anggota polis, tentera dan Rela dengan memberi penekanan kepada SOP yang ditetapkan.

“Berdasarkan pemerhatian kita sepanjang SJR dilakukan, penduduk setempat telah memberi kerjasama dengan memastikan SOP yang digariskan oleh kerajaan dipatuhi,” ujarnya.

Koperal Jack Jarit yang bertugas di SJR Lambir juga senada dengan memberitahu, masyarakat setempat di kawasan berkenaan memberi kerjasama penuh dengan petugas barisan hadapan dan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berkaitan dengan pematuhan SOP, setakat ini memang memberangsangkan, mereka (komuniti setempat) memahami SOP berkaitan dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19,” jelasnya.

Terdahulu dalam program berasingan, Miri JL Nippon Auto Sendirian Berhad turut melakukan simbolik penyerahan sumbangan kepada petugas barisan hadapan menerusi UKAS di Hotel Grand Palace, Miri.

Penyerahan sumbangan itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Miri JL Nippon Auto Sendirian Berhad, William Willy Lau sebagai menghargai jasa petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban sepanjang tempoh COVID-19. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia