Jambatan Masjid Assabirin Kabong Sedia Untuk Digunakan

KHAMIS, 6 MEI 2021

KABONG: Projek bina baru Jambatan Masjid Assabirin Kabong bernilai RM300,000 kini siap sepenuhnya.

Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan oleh Sinar Fajar Indah dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Daerah Saratok.

Ia berjaya disiapkan selama lima bulan bermula 18 September 2020 hingga 4 Mac 2021.

Hadir dalam majlis serah projek tersebut wakil Pegawai Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh; Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir, Nur Elffi Amir; Jurutera Awam JKR Daerah Saratok, Nurhisyam Wahid dan Pengerusi Masjid Assabirin Kabong, Johar Bidi. – EDISI UKAS

Share

add comment