Kampung Ensengei Melayu Bergotong Royong Masak Bubur Lambuk

KHAMIS, 6 MEI 2021

GEDONG: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Ensengei Melayu tidak ketinggalan mengadakan program memasak bubur lambuk bersempena dengan bulan Ramadan ini di Kampung Ensengei Melayu, pada Khamis.

Sebanyak 74 buah rumah telah menerima agihan bubur lambuk itu yang disampaikan oleh ketua kaum kampung tersebut dan dihantar dari rumah ke rumah.

Program tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran orang ramai yang terhad berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. –EDISI UKAS

Share

add comment