Kelab Rando Daerah Matu Agih Bubur Pedas Sempena Ramadan

KHAMIS, 6 MEI 2021

MATU: Pejabat Daerah Matu menerusi Kelab Rando Daerah Matu telah mengagih bubur pedas secara rawak kepada kakitangan kerajaan di sini pada Khamis.

Agihan ini adalah bagi mengimarahkan Ramadan di samping mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan kerajaan di kawasan itu.

Terdahulu, Pegawai Daerah Matu, Wan Hipni Wan Mohamad telah menyempurnakan simbolik agihan bubur pedas berkenaan.-EDISI UKAS

Share

add comment