KHAMIS, 6 MEI 2021
LUBOK NIBUNG: Kerja-kerja penyambungan paip air di Kawasan Puyut Lubok Nibung sedang giat dilaksanakan.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah membuat tinjauan pada Selada bagi melihat sendiri kerja-kerja penyambungan paip air tersebut.
Beliau telah berjumpa dan bercakap secara bersemuka dengan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyambungan paip air dan meminta ianya dapat disiapkan sebelum perayaan Gawai.
Katanya, ini bagi memberikan kemudahan kepada penduduk dalam menikmati kemudahan asas itu selepas sekian lama bergantung dengan bekalan air alternatif.
Projek penyambungan paip air bersih ke kawasan Puyut Lubok Nibung ini merupakan salah satu Projek Rakyat yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa lawatannya ke Marudi selain Projek Pembinaan Jalan Marudi Mulu melalui Long Terawan, Projek Pembinaan Waterfront Marudi dan Projek Pembinaan Jambatan Marudi.
Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Marudi Norlila Ulis, Ketua Kampung Seberang Lubuk Nibung Madeli Mos, Ketua Masyarakat Iban Kawasan Marudi Pemanca Randie Bundan dan Ahli Majlis Daerah Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau. -EDISI UKAS