Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro Main Peranan Bantu Golongan Asnaf

KHAMIS, 6 MEI 2021

DARO: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) akan terus memainkan peranan penting dalam membantu golongan asnaf di kawasan itu.

Jelas ADUN Daro, Safiee Ahmad, ia objektif utama penubuhan badan itu dalam memastikan golongan tidak bernasib baik terus dibantu khususnya dalam bulan Ramadan dan menghadapi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Malah katanya, LAKMD juga telah memberi sumbangan kepada anak-anak asnaf yang hendak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau yang juga Pengerusi LAKMD berkata demikian semasa majlis penyerahan sumbangan asnaf daripada LAKMD di Pusat Khidmat DUN Daro pada Rabu.

Seramai 100 asnaf yang dikenal pasti layak menerima bantuan berupa wang tunai.

Safiee berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 20 asnaf dan selebihnya disampaikan ke rumah penerima oleh Exco LAKMD. – EDISI UKAS

Share

add comment