Perbincangan SOP Perayaan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Bintulu Akan Diadakan Dalam Masa Terdekat

KHAMIS, 6 MEI 2021

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing berpuas hati terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pemilik premis yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pada Rabu. 

Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan anggota pasukan pematuhan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu didapati pemilik premis mematuhi SOP sektor pekerjaan seperti yang digariskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu seperti pematuhan 30 peratus kehadiran ke premis pekerjaan, menyediakan pengimbas suhu dan cecair sanitasi tangan serta kod QR MySejahtera. 

Dalam pada itu, Dato Seri Tiong yang juga Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China dalam sidang media pada Rabu memberitahu beliau akan mengadakan perbincangan bersama dengan Residen Bahagian Bintulu yang juga Pengerusi JPBB Bintulu Jack Aman Luat mengenai SOP PKPB Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat. 

“Untuk SOP Perayaan Hari Raya Aidilfitri, nanti kita akan mengadakan perbincangan dengan Residen Bahagian Bintulu yang juga Pengerusi JPBB Bintulu Jack Aman Luat dalam masa terdekat,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Hotel Promenade Bintulu pada Rabu. 

Dalam pada itu, beliau turut memberi nasihat kepada mereka yang berada di luar zon atau Daerah Bintulu pada musim perayaan ini untuk tidak balik ke kampung masing-masing bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia