Program MRP-PPRMS Daro Realisasikan Impian Penduduk Miliki Kediaman Selesa

KHAMIS, 6 MEI 2021

DARO: Program Penambahbaikan Rumah Miskin Rakyat Sarawak (MRP-PPRMS) telah banyak membantu golongan kurang berkemampuan di Daro untuk memiliki kediaman yang lebih selesa.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, seramai 73 penerima telah menerima MRP-PPRMS DUN Daro bagi Fasa 1 tahun 2021 dengan 25 daripadanya telah siap dibaikpulih.

Katanya, daripada jumlah penerima berkenaan adalah termasuk mereka yang menetap di kawasan pesisir sungai dan rumah panjang.

Jelas beliau, sebelum ini seramai 298 penerima telah dibantu di bawah program tersebut dan pada tahun ini seramai 73 orang lagi dibantu bagi fasa 1 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 371 penerima setakat ini.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke projek rumah siap dibaikpulih di bawah program MRP-PPRMS DUN Daro di Kampung Baru, Daro pada Rabu.

Safiee dalam pada itu berharap lebih ramai akan dapat dibantu di bawah program tersebut dan sentiasa mengarahkan supaya pemantauan dibuat di rumah yang perlu dibantu agar bantuan itu sampai kepada penerima yang layak.

Menurutnya, kebanyakan rumah yang dibaikpulih dalam keadaan uzur dan bantuan tersebut menjadikan ianya sedikit selesa bagi mereka sekeluarga. – EDISI UKAS

Share

add comment