Program Outreach Kembara Prihatin ADUN Tanjong Datu

KHAMIS, 6 MEI 2021

SEMATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu menyerahkan sumbangan bantuan makanan melalui Program Outreach Kembara Prihatin kepada 20 orang dari kebajikan Zon Sematan di Surau Kampung Sebat Baru dan Masjid Kampung Tanah Hitam, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM6,000 kepada Ahli Jawatankuasa Biro Kebudayaan Kampung Pueh.

Selain itu, pihak ROXY Hotel Sematan juga menyalurkan sumbangan wang tunai kepada Jawatankuasa Kampung di Zon Sematan untuk kebajikan penduduk kampung di kawasan tersebut. –EDISI UKAS

Share
0