Tujuh Kompaun Dikeluarkan Dalam Operasi Pematuhan SOP PKPB Di Daro

KHAMIS, 6 MEI 2021

DARO: Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) oleh Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) kali ini dilaksanakan secara lebih drastik.

Hasil pemantauan pada Rabu, sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha kedai di sekitar Pekan Daro atas kesalahan gagal mematuhi SOP mengemaskini buku daftar masuk dan penyediaan kod QR MySejahtera.

Pihak MDMD menjelaskan akan terus menguatkuasakan pematuhan SOP dan memaklumkan tiada lagi amaran lisan diberikan.

Untuk itu, MDMD menasihati semua peniaga serta penduduk setempat agar lebih mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.-EDISI UKAS

Share

add comment