300 Warga Emas Dari Daro Dan Matu Terima Suntikan Vaksin

JUMAAT, 7 MEI 2021

DARO: Seramai 300 warga emas dari daerah Daro dan Matu menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 Fasa Kedua yang bermula pada Jumaat.

Program anjuran Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Daro dengan kerjasama Pejabat Daerah Daro itu telah diadakan dengan lancar di Dewan Masyarakat Daro.

Rata-rata penerima yang ditemuramah meluahkan rasa teruja dan bersedia untuk menerima suntikan demi menjaga diri dan masyarakat seterusnya memutuskan penularan pandemik Covid-19.

Menurut pesara polis, Ishak Yusuf, beliau mempelawa semua warga Daro yang layak untuk mendaftar bagi menjayakan program vaksinasi itu.

Seorang lagi pesara, Hasyimah Siri, turut menyeru orang ramai di Daro untuk mengambil vaksin bagi melindungi diri mereka sendiri dan orang lain.

Manakala bagi penerima vaksin, Aini Junaidi, beliau menggesa orang ramai untuk tidak gusar mengambil vaksin kerana suntikannya tidak menyakitkan dan menjadikan mereka lebih merasa selamat.

Program pemvaksinan Fasa 2 yang melibatkan warga emas akan diteruskan pada 8, 9, 18 dan 19 Mei. – EDISI UKAS

Share

add comment