ADUN Meluan Beri Jaminan Setiap Rumah Panjang Nikmati Pembangunan

JUMAAT, 7 MEI 2021

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan mahu setiap penduduk dan rumah panjang di kawasan itu menikmati pembangunan yang sewajarnya.

Ujarnya, beliau akan memastikan pekara itu direalisasikan dengan sokongan padu penduduk DUN Meluan kepada beliau dan juga kepimpinan kerajaan Sarawak.

“Saya juga berharap agar penduduk turut memberi sokongan kepada saya dan juga kepimpinan kerajaan Sarawak untuk memastikan banyak lagi pembangunan dapat kita wujudkan untuk penduduk rumah panjang di sini.

“Permohonan dan masalah yang dihadapi boleh dikemukakan dan saya akan berusaha untuk menyediakan peruntukan dengan tujuan ingin melihat setiap penduduk dan rumah panjang DUN Meluan tiada yang tercicir menikmati pembangunan,” katanya.

Beliau memberi jaminan itu semasa Majlis Penyerahan Projek Jalan Konkrit Rumah Kumbong di Nanga Sengkeranji, Julau pada Khamis.

Mengenai projek tersebut jelasnya, projek dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan peruntukan sebanyak RM50,000.

Tambahnya, penduduk bersetuju untuk melaksanakan projek secara gotong-royong pada 26 Januari 2021 dan telah disiapkan lebih awal daripada jadual projek.

Sementara itu, Tuai Rumah Kumbong mewakili penduduk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Rolland dan Kerajaan Sarawak diatas kelulus projek tersebut.

Pada majlis yang sama, Rolland turut meluluskan geran RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) dan RM2,000 untuk Biro Wanita Rumah Kumbong.

Beliau dan rombongan seterusnya meninjau projek sambungan jalan yang sama dan dilaksanakan Majlis Daerah Meradong dan Julau dengan kos sebanyak RM60,000.-EDISI UKAS

Share
0