Anjung Budaya Bakal Himpun Keunikan Budaya Masyarakat Dalat

JUMAAT, 7 MEI 2021

DALAT: Anjung Budaya di Dalat bakal menjadi platform mengetengah serta menghimpunkan keunikan budaya masyarakat setempat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah telah merasmikan bangunan itu pada Rabu.

Pembinaan Anjung Budaya itu dilaksanakan dengan peruntukan Projek Transformasi Luar (RTP) ADUN Dalat.

Beliau turut berharap bangunan itu akan merancakkan lagi aktiviti kebudayaan Dalat selaras dengan slogan ‘ Berakar Rumbia Berinti Budaya, Berbudi dan Berjasa’.

Selain itu, bangunan tersebut juga sesuai untuk penganjuran aktiviti termasuk program rasmi.

Sementara itu, Dato Sri Fatimah turut menyampaikan Bantuan Ekonomi Wanita DUN N56 Dalat kepada 30 penerima yang juga merupakan kesinambungan program yang sama pada 24 Mac 2021 sebelum ini.

Bantuan berbentuk peralatan itu bertujuan membantu peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mereka meneruskan perniagaan.-EDISI UKAS

Share

add comment