JUMAAT, 7 MEI 2021
TANJONG MANIS: Seramai 930 orang warga emas, ibu tunggal, OKU, mualaf, anak yatim dan asnaf akan menerima sumbangan zakat daripada Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh.
Majlis ringkas penyerahan sumbangan zakat tersebut telah diadakan di Pusat Khidmat PBB N.41 Kuala Rajang Zon Tanjong Manis pada Khamis.
Sumbangan diserahkan kepada Ketua Kaum dari Belawai, Kampung Jerijih dan Kampung Rajang untuk diagihkan kepada semua penerima di kawasan masing-masing.
Datu Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berharap sumbangan tersebut dapat membantu penerima menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam suasana yang meriah dan ceria. -EDISI UKAS