Datuk Amar Jaul Samion Serah Sumbangan Kebajikan MAKSAK Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021

JUMAAT, 7 MEI 2021

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan ikhlas Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) bersempena Hari Raya Aidilfitri di Wisma Bapa Malaysia, pada Jumaat.

Sebanyak 20 penerima menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

Turut menerima sumbangan ialah Unit Sumber Manusia Negeri, Unit Pentadbiran, Unit Perancang Negeri, Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri, Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Unit Audit Dalam, Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Unit Komunikasi Awam Sarawak, Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pejabat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah dan Pejabat Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek).

Pada majlis yang sama, Datuk Amar Jaul turut menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri yang hadir iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr Sabariah Putit, Pengarah Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri, Nicholas Sia, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri, Azlan Ali Badri, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Dato Chai Kin Chung, dan Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Michael Ronnie Langgong. –EDISI UKAS

Share
0