Datuk Patinggi Abang Zohari Berbuka Puasa Bersama Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum

JUMAAT, 7 MEI 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua masyarakat dan ketua kaum di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Jumaat.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Pertanian yang juga ADUN Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Temenggong Dato Helmi Mohd Gol, Temenggong Austin Dimin Niyon, Temenggong Dato Tan Joo Phoi serta ketua masyarakat dan ketua kaum.

Selepas berbuka, Ketua Menteri bersama jemaah lain menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih di surau DUN.-EDISI UKAS

Share

add comment