MAKSAK Wanita Agih Bubur Pedas Kepada Warga Kerja Di Wisma Bapa Malaysia

JUMAAT, 7 MEI 2021

KUCHING: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak tidak ketinggalan mengimarahkan sambutan bulan Ramadan dengan sumbangan bubur pedas.

Pengerusi Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Datuk Amar Hajah Juma’ani Tuanku Haji Bujang menyempurnakan penyerahan bubur pedas MAKSAK Wanita pada Jumaat.

Serahan itu diagihkan di lobi utama bangunan Wisma Bapa Malaysia kepada sembilan wakil warga kerja di situ.

Turut hadir, Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri Sarawak, Datin Amar Evelyn Ritikos, Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini, Timbalan Pengerusi Melalui Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri, Datin Sri Baduyah Bujang dan Setiausaha Kehormat Melalui Pengarah Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri, Norhayati Momie.-EDISI UKAS

Share

add comment