Program ‘Terima Kasih Frontliner’ 2021 Capai Objektif

JUMAAT, 7 MEI 2021

SIBU: Program ‘Terima Kasih Frontliner’  (TFK) Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 2021 melabuhkan tirai dengan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan apabila berjaya mengagihkan sumbangan kepada warga petugas barisan hadapan di tiga lokasi iaitu Kuching, Miri dan Sibu.

Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat dan UKAS, Abdullah Saidol berkata, program TKF 2021 bertujuan bagi menunjukkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta memberi gambaran sebenar kepada masyarakat agar dapat memahami pengorbanan mereka yang bertungkus lumus 24 jam bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.

“Kita akui, pada masa ini masyarakat umum sedang bercerita tentang keresahan mereka untuk balik kampung semasa musim perayaan.

“Kita juga harus mengambil kesempatan ini untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan  yang terpaksa bertugas 24 jam siang dan malam untuk memastikan keadaan ancaman pandemik ini dapat diredakan,” katanya semasa menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di tiga lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Sibu pada malam Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan mengingatkan agar masyarakat khususnya di Sarawak agar terus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam bersama memerangi pandemik COVID-19 untuk kesejahteraan bersama.-EDISI UKAS

Share

add comment