PROTEM JTS Bintulu Agih Bubur Lambuk Secara Pandu Lalu

JUMAAT, 7 MEI 2021

BINTULU: Persatuan Kebajikan Islam (PROTEM) di bawah Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu telah mengagihkan bubur lambuk kepada semua warga JTS Bintulu pada Jumaat sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

Agihan dijalankan secara pandu lalu yang diserahkan sendiri oleh Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Bintulu, Mohammad Zunica Mohammad Sapi’ee bagi mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan Bintulu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Edaran bubur lambuk ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah yang terjalin di antara kakitangan JTS Bintulu dan dapat mewujudkan suasana semangat kerjasama berpasukan sambil beramal ibadat dalam kalangan kakitangan.-EDISI UKAS

Share

add comment