Pusat Khidmat DUN Tebedu Hantar Bakul Makanan Kepada 80 Keluarga

JUMAAT, 7 MEI 2021

TEBEDU: Prihatin dengan kekangan yang dihadapi 80 keluarga yang sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di kampung masing-masing atas arahan pihak Klinik Kesihatan Bahagian Serian, Pusat Khidmat DUN Tebedu telah menghantar bantuan bakul makanan di sembilan buah kampung.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada dan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw pada Jumaat telah melakukan serahan bantuan makanan mewakili Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Sementara itu, ketika dihubungi Datuk Amar Michael Manyin berpesan kepada semua yang terlibat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelas beliau, pematuhan kepada SOP penting bagi memutuskan penularan wabak COVID-19, manakala bagi yang tidak dikuarantin dinasihatkan agar terus berwaspada dengan pandemik berkenaan. -EDISI UKAS

Share
0