11 Kerusi Roda Tambahan Akan Dibekalkan Di PPV Dewan Eastwood Untuk Keperluan Warga Emas

JUMAAT, 8 MEI 2021

MIRI: Sepanjang proses pemberian vaksin COVID-19 Fasa Kedua yang membabitkan warga emas dalam tempoh empat hari bermula 7 hingga 10 Mei didapati memerlukan banyak kerusi roda bagi memudahkan pergerakan mereka. 

Perkara ini telah dimaklumkan Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Eastwood, Miri pada Jumaat. 

Untuk itu, beliau telah meminta Persatuan Bulan Sabit Merah meminjamkan 11 buah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan warga emas di PPV Dewan Eastwood, Miri.

Begitu juga dengan ruang tempat letak kereta yang berdekatan juga diperuntukan khas untuk golongan warga emas. 

Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak turut menemubual beberapa warga emas yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Kebanyakan mereka memberitahu tiada sebarang simptom negatof timbul atau rasa tidak selesa semasa dan selepas menerima suntikan vaksin selain saranan untuk tidak mempercayai berita palsu. 

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) berhad kerana telah menyumbang minuman kepada petugas di PPV Dewan Eastwood dan beberapa sektor swasta dan dermawan yang telah memberikan sumbangan dan sokongan kepada petugas barisan hadapan. 

Turut hadir Pemangku Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi JPBB Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. PRaviwharmman, Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Miri Afizi Salam. -EDISI UKAS

Share

add comment