35 Asnaf Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada ADUN Sebuyau

SABTU, 8 MEI 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi menyerahkan sumbangan sempena Aidilfitri kepada 35 orang golongan asnaf di Kampung Tebelu di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu meringankan beban mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan mengenai pembinaan benteng sepanjang 8.4 kilometer dari Kampung Tebelu ke Kampung Seberang Sebuyau.

“Pembinaan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM84 juta.

“Dengan siapnya benteng tersebut kelak, maka ia dapat menghalang air masin dari memasuki kawasan kampung dan kebun penduduk setempat,” katanya.

Selain itu, beliau berharap agar semua penerima sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga. -EDISI UKAS

Share
0