SABTU, 8 MEI 2021
MIRI: Seramai 45 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin yang tergolong dalam keluarga B40 dan golongan asnaf menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai dalam Sumbang Kasih Ramadan anjuran PANITIA Pendidikan Islam Bersama Guru dan Staf Beragama Islam SK Senadin pada Khamis.
Program Sumbang Kasih Ramadan turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pasaraya Everwin, Masjid Abu Bakar As-Siddiq dan Pertubuhan Amal Kebajikan Kasih.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin telah menyampaikan sumbangan itu kepada murid-murid terbabit.
Menurut Datuk Lee yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berharap sumbangan ini boleh digunakan untuk menceriakan dan meringankan beban hidup dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Hadir sama Guru Besar SK Senadin Ahmad Othman. -EDISI UKAS