PKRC Kem Belia Mukah Terima Seunit Lagi Sumbangan Penghawa Dingin

SABTU, 8 MEI 2021

MUKAH: Dalam usaha meningkatkan keselesaan pesakit di Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kem Belia Mukah, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi telah tampil menyumbang seunit penghawa dingin.

Majlis penyerahan penghawa dingin tersebut telah diadakan secara simbolik baru-baru ini di PKRC tersebut.

Ketika ditemubual UKAS, Abdul Yakub mengharapkan situasi di Mukah yang sedang beada dalam zon merah ketika ini kembali pulih seperti sedia kala.

Beliau juga menggesa orang ramai di Mukah untuk terus mematuhi SOP bagi memutuskan penularan wabak itu.

Abdul Yakub kemudian meninjau sekitar persiapan PKRC di Kem Belia Mukah sambil diiringi Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Pengurusan Bencana Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir.

Sebelum ini, PKRC Kem Belia Mukah telah menerima tiga unit penghawa dingin sumbangan SCR Balingian Energy Mineral (anak Syarikat Sarawak Energy Berhad), Ahli Parlimen Mukah Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah. – EDISI UKAS

Share

add comment