Sarawak United FC Rampas Takhta Liga Premier

SABTU, 8 MEI 2021

KUCHING: Sarawak United FC (SUFC) kembali merampas takhta Liga Premier 2021 selepas melakar kemenangan ketujuh dengan menewaskan Kelantan United FC (KUFC), 3-2 pada Jumaat.

Berkunjung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, SUFC terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan Christie Jayaseelan pada minit ke-45 (+1).

KUFC bangkit berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri pertahanan SUFC, Stuart James Wark pada minit ke-58 sebelum mendahului permainan hasil jaringan Alfusainey Gassama pada minit ke-69.

Norshahrul Idlan Talaha memastikan SUFC kembali menyamakan kedudukan dengan jaringan pada minit ke-71 disusuli jaringan kemenangan oleh Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke-79.

SUFC kini mengumpul 23 mata selepas mengharungi 10 perlawanan setakat ini. – EDISI UKAS

Share

add comment