SABTU, 8 MEI 2021
KAPIT: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing telah mengadakan lawatan ke Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Dewan Masyarakat Melayu Kapit pada Sabtu.
Lawatan itu bertujuan meninjau perkembangan penubuhan hospital berkenaan yang dijangka mula beroperasi pada Isnin ini.
Tan Sri James turut diberi taklimat mengenai pengoperasian hospital tersebut yang diwujudkan bagi menyokong Hospital Kapit merawat kes bukan Covid-19 serta pesakit luar.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang. – EDISI UKAS